Kelebihan solat Subuh dan Isyak

Just a short post....

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sekiranya manusia mengetahui tentang pahala yang terdapat pada azan dan saf pertama dalam sembahyang, kemudian untuk mendapatkannya mereka perlu membuat pengundian, sudah tentu mereka akan membuat pengundian.

Sekiranya mereka mengetahui tentang pahala bersegera dalam mendirikan sembahyang, nescaya mereka akan berlumba-lumba mengerjakannya.

Dan sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan sembahyang Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan menunaikan kedua-duanya (secara berjemaah), walaupun mereka terpaksa datang secara merangkak.


(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan hadis:
1. Dorongan supaya memperdengarkan azan kerana ia merupakan salah satu syiar dan ajaran Islam serta muazin akan mendapat pahala yang sangat besar.

2. Dorongan supaya berada di saf pertama dalam sembahyang kerana orang yang berada di saf pertama adalah orang-orang yang telah datang pada awal waktu sembahyang.

3. Kelebihan sembahyang berjemaah dan kelebihan pergi ke masjid lebih awal.

4. Dorongan supaya mendirikan sembahyang Isyak dan Subuh secara berjemaah di masjid kerana kedua-dua sembahyang ini merupakan sembahyang yang paling susah untuk didirikan oleh orang munafik.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Followers